MGPerak: Sukan Asia 2026: Perak Yakin Azeem Fahmi Mampu Ubah Kilauan Pingat

90

Kerajaan Negeri Perak yakin pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mampu mengubah kilauan pingat dalam acara 100 meter (m) lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun minggu ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, prestasi semasa atlet berusia 22 tahun kelahiran Teluk Intan itu juga difahamkan berada pada tahap baik untuk menghadapi temasya sukan berkenaan.

Menurutnya, pencapaian Muhammad Azeem yang meraih gangsa dalam acara 100m pada Sukan Asia Hangzhou 2023 menjadi asas kepada harapan untuk melihat atlet berkenaan mengubah kedudukan di podium dengan lebih baik pada kali ini. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #sukanasia2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini