Seorang pekerja pusat cuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas pertuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis trafik dengan memandu kereta, pada minggu lalu.
Tertuduh, K Viknes, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa cuba membunuh Lans Koperal Badrul Izwanu Pauzi, 29, dengan memandu kereta jenis Honda Civic dan mengetahui perbuatan itu menyebabkan kematian. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #cubaanbunuhpolistrafik





