MGPerak: Tukang Masak Rugi RM20,000 Terpedaya ‘Polis Beruniform’ Dalam Panggilan Video

92

Seorang tukang masak mengalami kerugian sebanyak RM20,000 akibat ditipu ahli sindiket penipuan yang melakukan taktik penyamaran dengan mengenakan seragam polis melalui panggilan video menerusi aplikasi WhatsApp pada Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa, wanita berusia 46 tahun membuat laporan polis selepas menyedari ditipu pada 5 Februari lalu.

Menurutnya, mangsa menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali pada 25 Januari lalu sekitar jam 4 petang yang mendakwa mangsa telah membuat tuntutan insuran di sebuah hospital swasta di sini. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini