Gaji konstabel perlu selaras gaji minimum RM1,500 – KPN

IPOH – Skim gaji permulaan bagi Konstabel (YA1) sebanyak RM1,441 perlu diselaraskan dengan pelaksanaan kadar gaji minimum oleh kerajaan sebanyak RM1,500 sebulan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan kenaikan gaji Konstabel mengambil kira peningkatan kos sara hidup terutamanya melibatkan anggota pangkat rendah.

Menurutnya, pada masa ini gaji bagi anggota berpangkat Konstabel yang baru menamatkan latihan adalah RM1,441.

“Justeru, kita berharap gaji maksimum ini dapat dilaksanakan ke atas Konstabel selaras dengan gaji minimum RM1,500 yang diumumkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan WCB/PSK Jabatan Kementerian Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA) Bukit Aman di Lapang Sasar Pusat Latihan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah KDNKA, Datuk Seri Hazani Ghazali Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasaan dan Pematuhan Kastam DiRaja Malaysia, Datuk Sazali Mohamad; Timbalan KDNKA (WCB/PSK), Mohammad Azlin Sadari dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, bagi meningkatkan tahap integriti pasukan, pihaknya turut mencadangkan kenaikan 30 peratus daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) atau pemberian satu KGT secara ‘one off’.

“Cadangan itu membabitkan semua peringkat skim di PDRM iaitu Skim perkhidmatan Pegawai Kanan Polis, Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel, Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli serta Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan.

“Ini antara perkara yang kita cadangkan selain kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) yang diterima pegawai dan anggota berbeza mengikut kategori bandar, pinggir bandar dan luar bandar,” katanya. – MGPerak

BACA LAGI

WCB bukan sekadar cegah kes penyeludupan liar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI