Naik taraf LTSAS, Kerajaan Perak harap disegerakan

IPOH – Perak berharap Kerajaan Persekutuan dan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dapat mempercepatkan permohonan projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini, dalam masa terdekat.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, sekiranya naik taraf LTSAS dapat diluluskan maka kerajaan negeri boleh berusaha untuk mengembalikan zaman kegemilangannya.

Justeru beliau berharap permohonan berkenaan akan dapat diluluskan dalam masa terdekat dan membolehkan LTSAS diberi layanan adil sama seperti lapangan terbang negeri lain.

“Kita berharap agar kerajaan pusat dan MAHB dapat memberi peluang naik taraf LTSAS yang merupakan pemangkin utama kepada pembangunan sektor pelancongan dan perindustrian secara khususnya di Perak.”

“Ipoh adalah hab ekonomi penting bagi Negeri Perak. Sekiranya kemudahan di LTSAS tidak ditingkatkan atau dipelihara dalam keadaan baik, Perak tidak mampu berdaya tahan mendepani persaingan sengit di persada dunia.” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Di samping itu, Sze Yee menjelaskan bahawa usaha untuk menaik taraf LTSAS itu bukan sebagai mahu bersaing dengan mana-mana lapangan terbang yang lain.

Ujar beliau ini kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kebanyakannya berfungsi untuk penerbangan jarak jauh dan lapangan terbang antarabangsa yang dinamik.

“Oleh itu, pemodenan LTSAS bukanlah untuk bersaing dengan KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Namun, kita hanya berhasrat untuk memberi tumpuan kepada penerbangan serantau dalam LTSAS yang sedia ada,” tambahnya lagi.

Pada masa sama beliau turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mengalu-alukan pelaksanaan model Kerjasama Awam-Swasta untuk kerja menaik taraf lapangan terbang yang dianggap kurang berdaya saing seperti LTSAS.

Media sebelum ini melaporkan Anthony berkata terdapat beberapa syarikat swasta yang menunjukkan minat dan kesungguhan dalam perkara itu membabitkan pelaburan besar termasuk lapangan terbang berkenaan.-MG Perak.

MoT guna pakai model kerjasama swasta naik taraf lapangan terbang

MGPerak: Cadangan Pembinaan Lapangan Terbang Di Seri Iskandar Masih Jauh – Loke

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI