Naik taraf simpang jalan Taman Pertama atasi kesesakan, kemalangan

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melaksanakan projek menaik taraf persimpangan jalan di sekitar rumah kedai Taman Pertama, di sini bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan kemalangan yang sering berlaku di kawasan tersebut.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kesesakan di persimpangan berlaku bermula seawal jam 7 pagi hingga 11 malam memandangkan penduduk yang tinggal di sekitar rumah kedai dan taman berhampiran berurus niaga di kawasan itu.

Menurutnya, susulan aduan orang ramai mengenai perkara itu, MBI mencadangkan supaya  penyelarasan semula jalan sedia ada diubah dari dua hala kepada sehala di Lorong Taman 9, Lorong Taman 10 dan Lorong Taman 11 bagi menyelesaikan isu tersebut.

Naik taraf simpang jalan Taman Pertama atasi kesesakan, kemalangan
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin (tengah) pada sesi sidang media Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah dan Sesi Townhall Penyelarasan Lalu Lintas dan Penambahan Parkir Kawasan Perniagaan Taman Pertama di Padang Awam Taman Pertama, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 DISEMBER 2023.

“Projek naik taraf ini akan bermula pada Januari tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya sekitar tiga ke empat minggu.

“Melalui penyelarasan semula jalan ini, bilangan petak parkir kawasan rumah kedai berkenaan akan bertambah menjadi 231 petak.

“Sebelum ini, hanya 180 petak parkir untuk kereta disediakan dan sebanyak 51 petak lagi akan ditambah selepas jalan itu siap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai menghadiri Program Membudayakan Amalan Penggunaan Tong Sampah dan Sesi Townhall Penyelarasan Lalu Lintas dan Penambahan Parkir di Kawasan Perniagaan Taman Pertama di Padang Awam Taman Pertama, di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Cheah Poh Hian dan Pengarah Kejuruteraan MBI, Ridza’uddin Mohd Radzi.

Naik taraf simpang jalan Taman Pertama atasi kesesakan, kemalangan
Penduduk setempat pada Sesi Townhall Penyelarasan Lalu Lintas dan Penambahan Parkir Kawasan Perniagaan Taman Pertama di Padang Awam Taman Pertama, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 DISEMBER 2023.

Dalam pada itu, Rumaizi berkata, MBI menerima peruntukan RM100,000 daripada ADUN Jelapang bagi melaksanakan projek berkenaan.

“Sehubungan itu, kita berharap pengguna yang melalui jalan tersebut mematuhi arahan diberikan sepanjang kerja-kerja naik taraf dijalankan supaya projek tersebut berjalan lancar,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Aliran air bawah tanah punca struktur jalan RM7.2 juta rosak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI