Nelayan darat Perak daratkan hasil ikan lebih 2,600 tan metrik

IPOH – Seramai 1,471 nelayan darat di Negeri Perak telah mendaratkan 2,695.73 tan metrik hasil tangkapan ikan masing-masing setakat ini.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), angka itu menunjukkan nilai pendaratan ikan darat tertinggi di negara ini.

“Lampam sungai dan udang galah merupakan spesies ikan utama yang didaratkan nelayan darat di Perak, dan diikuti dengan ikan baung, tenggalan dan loma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Burhanuddin Ahmad (PN-Manong) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Di samping itu, Mohd Zolkafly (BN-Lintang) memaklumkan, kerajaan negeri sentiasa melaksanakan pelabagai program bagi pembangunan sahsiah dan keterampilan nelayan darat.

Jelas beliau, semua program berkenaan boleh diakses melalui laman sesawang yang di selaraskan di bawah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan pendaftaran adalah percuma.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri Perak melalui DOF telah merancang beberapa penganjuran siri kursus dan latihan kemahiran sepanjang tahun ini.

Mohd Zolkafly berkata, ia termasuk kursus asas ternakan udang marin, kursus pemprosesan hasilan perikanan darat, kursus singkat kejenteraan penyelenggaraan enjin sangkut dan sebagainya.

Pada masa sama, beliau turut ditanya mengenai cadangan menjadikan pusat penternakan udang dan ikan air tawar di Ulu Kenas, Kuala Kangsar, sebagai pusat pengeluaran ternakan akuakultur secara komersial.

Jelas Zolkafly, tiada rancangan khusus ke arah itu memandangkan terdapat sebuat Pusat Ikan Hiasan Enggor yang turut mejalankan program latihan penternakan ikan, pengeluaran ikan hiasan dan sebagainya.

“Walaubagaimanapun, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak bago menjalankan usaha pengeluaran benih serta penternakan ikan dan udang air tawar untuk tujuan ternakan tempatan,” katanya lagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tuna sirip kuning tarik minat pengunjung HPPNK

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI