Ops Khas Lori: JPJ keluar 26 notis

TAIPING – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 26 notis saman dan kesalahan terhadap sembilan lori pada Ops Khas di empat lokasi di Negeri Perak, pada Jumaat.

Operasi yang melibatkan 24 anggota JPJ bersama Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (UPLR) itu diadakan di Lebuhraya Utara Selatan Changkat Jering – Gunung Semanggol, Manjung, Taiping dan Seri Iskandar, bermula pada jam 5 pagi.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, JPJ berkata, daripada jumlah notis yang dikeluarkan, 14 di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sementara selebihnya Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sembilan lori dikenakan tindakan dengan tiga daripadanya dikeluarkan notis Seksyen 63(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu berkaitan timbang.

“Turut dikeluarkan dua notis di bawah Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 serta dua tindakan sita di bawah peruntukan sama,” katanya.

Tambahnya, daripada kesemua kenderaan berat yang diperiksa, ada antara pemandu dikesan sengaja mematikan Sistem Pengesanan Global (GPS) serta tidak hadir menjalani pemeriksaan timbang kenderaan.

Jelasnya, operasi berkenaan diadakan bertujuan bagi pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang terhadap kenderaan yang membawa muatan berlebihan.

Malah katanya lagi, ia juga sebagai usaha JPJ meningkatkan ‘perception of being caught’ (POBC) atau kebolehlihatan penguatkuasaan dalam kalangan pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JPJ laksana Op Mengejut Puspakom di seluruh negara hari ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI