Padah jual gula pasir kasar 1kg RM3

PASIR SALAK – Tindakan sebuah pasar raya di Kampung Gajah, dekat sini, menjual gula pasir 1 kilogram (kg) sepaket dengan harga RM3 membawa padah apabila dikenakan tindakan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Selasa.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan itu hasil serbuan dilakukan KPDN Cawangan Manjung di sebuah premis perniagaan di Jalan Laksamana, Seberang Perak, pada jam 11.40 pagi.

Katanya, serbuan berkenaan dilakukan hasil aduan orang awam yang mendakwa sepaket gula pasir putih bertapis kasar 1 kg dijual pada harga yang melebihi sebagaimana ditetapkan kerajaan.

“Berdasarkan maklumat aduan tersebut, anggota Penguatkuasa KPDN telah bertindak membuat Ops Samar di pasar raya tersebut.

“Pegawai dan anggota penguatkuasa telah mendapati premis itu menjual gula pasir putih bertapis kasar peket 1 kg dengan harga RM3 melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM2.85,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Ujar Kamalludin, ekoran itu pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas premis dan menemukan sebanyak 213 kg gula kasar.

Kata beliau, kesemua guna pasir bertapis kasar dan halus di premis itu telah disita bersama dokumen yang berkaitan dan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM 607.

“Tindakan telah diambil di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana menjual barang kawalan gula pasir putih bertapis kasar melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Penguat kuasa KPDN akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana peniaga yang melanggar garis panduan dan syarat serta harga yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Menurut beliau, di bawah akta berkenaan individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Tambah Kamalludin, bagi kesalahan dilakukan syarikat pula, ia boleh didenda RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak sita 400 kg gula di sebuah kilang kasut

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI