‘Pak Belang’ disyaki baham dua lelaki masuk perangkap

IPOH – ‘Pak belang’ yang dipercayai membaham dua lelaki di Bersia, Gerik dan Batu Melintang, Jeli, Kelantan pada Selasa serta Rabu lalu, telah memasuki perangkap.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff yang mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun memaklumkan, butiran lanjut berhubung tangkapan harimau belang itu akan diberikan Pengarah Perhilitan Kelantan.

Menurutnya, ini susulan haiwan karnivor itu ditangkap di kawasan Jeli yang terletak di Kelantan.

“Ya, tangkapan di Kelantan. Jadi, Pengarah Perhilitan kelantan yang akan keluarkan kenyataan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam media melaporkan, Perhilitan Perak dan Kelantan melaksanakan gerak kerja menangkap harimau disyaki membaham dua mangsa sehingga maut.

Yusoff, berkata satu perangkap dipasang di kawasan dikenal pasti sebagai tambahan perangkap dipasang semalam (kelmarin).

Katanya, perangkap pertama telah dipasang sebelum ini dan hari ini (semalam) Perhilitan Perak dan Kelantan akan memasang satu lagi perangkap.

Kelmarin, media melaporkan seorang lelaki warga Myanmar maut dengan paha kiri terputus, dipercayai diserang harimau ketika berada di belakang rumah kongsi di ladang cili di Batu 18, JRTB Gerik–Jeli dekat Batu Melintang di Jeli.

Terdahulu, kejadian sama berlaku pada awal pagi Selasa, selepas seorang lelaki tempatan Adnan Ismail, 54, maut diserang harimau belang ketika turun dari rumah kongsi berdekatan kawasan hutan di KM79.2 JRTB Gerik–Jeli di Bersia, dekat Gerik. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perhilitan Perak, Kelantan kerjasama tangkap harimau baham 2 mangsa

Isteri saksi suami maut dibaham harimau

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI