Pasangan kembar maut nahas dua kenderaan

PASIR SALAK – Sepasang saudara kembar maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Changkat Rambai, Jalan Tanjung Tualang dekat sini pada Rabu.

Mangsa, Nur Shahidah dan Nur Zuhaida Abdull Karim, masing-masing berusia 33 tahun iaitu pemandu dan penumpang kereta dipercayai maut akibat cedera parah.

Komander Operasi merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah, Abd Hadi Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar jam 11.17 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

Menurut, setibanya anggota dan pegawai dari BBP Kampung Gajah di lokasi mendapati kereta jenis Perodua Kancil dan SUV jenis Nissan X-Trail terlibat dalam kemalangan itu.

“Bomba melakukan size-up dan mengaplikasikan konsep saver seterusnya anggota menggunakan peralatan menyelamat kerana terdapat dua orang mangsa tersepit di dalam kereta.

“Jumlah kesemua mangsa yang terbabit dalam kemalangan adalah empat orang tetapi dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 40-an yang menaiki SUV hanya mengalami cedera ringan.

“Bomba berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan power unit, cutter dan spreader G4 serta stretcher,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata kedua-dua wanita berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI