MGPerak: Pemandu Lori Maut Dihempap Batu: JKKP Perak Arah Operasi Kuari Henti Sementara

1

IPOH – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak mengarahkan sebuah syarikat kuari menghentikan sementara operasi susulan kejadian seorang pekerja maut selepas lori dipandunya dihempap bongkah batu di tapak kuari Keramat Pulai, Simpang Pulai, Isnin lalu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan berkata, JKKP Perak turut mengeluarkan Notis Larangan dan Surat Arahan kepada syarikat berkenaan bagi membolehkan tindakan penambahbaikan dilaksanakan.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 17 dan 18, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini