PDRM berdepan cabaran tohmahan dan fitnah terbuka

IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdepan dengan cabaran hebat terutamanya tohmahan dan fitnah terbuka yang sewenangnya dilemparkan masyarakat ekoran dunia tanpa sempadan dengan kemajuan jaringan internet.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, justeru itu, Ketua Polis Negeri, Daerah, Jabatan dan Balai Polis diminta mengingatkan anggota masing-masing menjaga displin serta tingkah laku di luar.

Menurut Azmi, semua pegawai dan anggota PDRM juga perlu berusaha memberikan khidmat bantuan yang terbaik kepada masyarakat di luar sana.

“PDRM kini menghadapi cabaran yang amat hebat terutamanya tohmahan dan fitnah terbuka yang sewenangnya boleh dilemparkan oleh masyarakat di luar sana.

“Sebagai agensi penguatkuasa utama di dalam negara, kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

“Kepada kumpulan yang pernah diambil tindakan undang – undang oleh kita kepada mereka, maka kumpulan ini sudah pastinya tidak menyukai peranan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian Ketika berucap pada Perhimpunan Khas Sempena Pertukaran Ketua Polis Perak di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, pada Selasa.

Tambah Azmi, segala tindak tanduk warga PDRM terutamanya yang bertugas di lapangan serta ‘front liner’ sentiasa diperhatikan oleh masyarakat.

“Mereka hanya menunggu peluang, untuk merakamkan sebarang kelakuan salah kita.

“Sehubungan itu, sebagai Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah, Ketua Jabatan dan Ketua Polis Balai, tanggungjawab kita untuk menyampaikan perkara ini kepada pegawai dan anggota kita supaya sentiasa memastikan disiplin diri, menjaga tingkah laku kita di luar,” katanya.

Sementara itu, Azmi menzahirkan keyakinan beliau ke atas Ketua Polis Perak baharu Datuk Azizi Mat Aris Bersama Timbalannya, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat.

Beliau berkata, berbekalkan pengalaman lama dan berpengetahuan luas dalam pasukan, gandingan baru kepimpinan PDRM Perak selepas ini, akan dapat memacu Polis Perak ke arah perkhidmatan yang terbaik dan berintegriti tinggi.

“Sentiasalah berusaha untuk merapatkan saf kekuatan warga kerja kita, kukuhkan semangat kekeluargaan, semangat satu pasukan, dan kesetiaan warga kerja kepada pasukan kita.

“Percayalah, sebahagian besar masyarakat di negara ini, menghormati dan mempercayai peranan dan tanggungjawab kita dan berbekalkan itu, kita teruslah bertekad dan berazam untuk terus memberikan prestasi perkhidmatan yang terbaik,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Azizi Ketua Polis Perak Baharu

Mohd Yusri sebak berucap pada Perhimpunan Pertukaran Ketua Polis Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI