KUALA KANGSAR – Perak terus memperkasa sektor koperasi menerusi penyaluran Geran Koperasi Perak (GKOP) yang menyediakan bantuan sehingga RM30,000 bertujuan meningkatkan dan memulihkan aktiviti perniagaan koperasi yang memerlukan di negeri ini.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, pemilihan koperasi penerima bagi tahun ini telah selesai dilaksanakan berdasarkan kesesuaian dan potensi projek pembangunan yang dikemukakan. -MGPerak





