Hilang sejak 16 Jun: Nor Afiza tampil buat laporan polis, nafi dakwaan diculik

TAIPING – Wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk menghadiri temu duga kerja pada 16 Jun lalu telah membuat satu laporan polis bagi menafikan dakwaan dia telah diculik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintenden Mohd Ariffridzuan Ezahar berkata, laporan polis itu dibuat Nor Afiza Zainuddin, 41, di Balai Polis Kajang, Selangor pada jam 3 petang hari ini.

Menurutnya, menerusi laporan polis tersebut wanita terbabit turut memaklumkan dia tidak mahu diganggu oleh ahli keluarga atau mana-mana pihak.

“Wanita itu juga menjelaskan bahawa dia telah keluar dari rumah pada 16 Jun lalu dengan kerelaan hati sendiri tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana individu.

“Kita telah selesai merakamkan percakapan wanita terbabit dan mengesahkan bahawa laporan yang dibuat adalah benar serta mendapati dia berada dalam keadaan baik, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian ini yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang awam dan masyarakat setempat.

Sebelum ini media melaporkan, Nor Afiza dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taiping pada 16 Jun lalu untuk menghadiri sesi temu duga di sebuah hotel di Kuala Kangsar sebelum gagal dikesan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki OKU hilang di Batu Kurau

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI