IPOH – Seorang peguam yang dipercayai menerima sogokan berjumlah RM1.6 juta daripada seorang usahawan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak pada Rabu.
Difahamkan, wang sogokan itu adalah untuk membantu menutup kes jenayah penipuan pelaburan usahawan terbabit.
Menurut sumber, lelaki itu ditahan di sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh sekitar jam 11 pagi tadi selepas menerima wang tunai berjumlah RM100,000 serta dua keping cek bernilai RM 1.5 juta daripada usahawan berkenaan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek tersebut.
Katanya, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan permohonan reman. – MG Perak
Artikela Berkaitan: