Pemancing ditemukan lemas di Sungai Batang Padang

TAPAH – Seorang lelaki ditemukan lemas sewaktu memancing selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Batang Padang, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki berusia 39 tahun itu sekitar jam 5.50 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan tersebut

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa disyaki pergi memancing bersama dua rakan sekerja yang bekerja di Pasar Awam Tapah.

“Sewaktu melakukan aktiviti memancing dua rakan mangsa telah beralih ke lokasi lain untuk menjala ikan. Mereka kemudiannya kembali ke lokasi terakhir mangsa memancing dan mendapati mangsa tiada di kawasan berkenaan,“ katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki terbabit cuba mencari rakan mereka yang hilang dan menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa disyaki lemas dan bantuan pertolongan kecemasan diberikan oleh rakannya. Bagaimanapun, mangsa tetap tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas melakukan pemeriksaan.

“Mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tapah dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan tidak cukup oksigen dalam badan.

“Kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Remaja lelaki lemas ketika mandi di Lata Tebing Tinggi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI