Pemandu lori cedera jatuh gaung 50 meter

TAIPING – Seorang pemandu lori cedera selepas kenderaan seberat tiga tan yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter di Jalan Bukit Larut, di sini, pada petang Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.58 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya jentera dilokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan yang dipercayai terbabas dan jatuh ke dalam gaung.

“Dalam kenderaan itu, terdapat seorang mangsa, lelaki berusia 40 tahun dalam keadaan tidak tersepit tetapi mengalami kecederaan patah pada bahagian kaki dan bahu.

“Ketua operasi mengaplikasikan konsep saver seterusnya mengarahkan anggota menggunakan peralatan khas untuk menyelamatkan mangsa yang cedera,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa terbabit kemudiannya dibawa ke Hospital Taiping menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Seorang rentung, dua cedera dalam kemalangan antara van dan lori

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI