Seorang rentung, dua cedera dalam kemalangan antara van dan lori

BAGAN SERAI – Seorang rentung manakala dua cedera selepas van yang dinaiki terbakar dalam kemalangan membabitkan dengan sebuah lori di kilometer (km) 198.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 8.24 pagi.

Katanya sejurus selepas itu sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, dibantu BBP Kamunting diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian pasukan penyelamat mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori dan van yang terbakar.

rentung terbakar van lebuh raya PLUS perak Lebuhraya PLUS terbakar lori JBPM bomba Perak rentung terbakar van lebuh raya PLUS perak Lebuhraya PLUS terbakar lori JBPM bomba Perak
Seorang rentung manakala dua cedera selepas van yang dinaiki terbakar dalam kemalangan membabitkan dengan sebuah lori di kilometer (km) 198.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara. Foto IHSAN JBPM PERAK

“Tiga mangsa cedera termasuk seorang yang rentung telah dihantar ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, bagaimanapun maklumat kesemua mangsa tidak dapat disahkan setakat ini. Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll, (KUP) Mohd Saini Manas.

Punca kejadian dan maklumat lanjut berkenaan kesemua mangsa terlibat masih dalam siasatan. -MG Perak  

Artikel Berkaitan:

Tiga saudara rentung, baru lepas hantar makanan ke rumah nenek

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI