Sultan Nazrin berangkat ke istiadat pengurniaan darjah kebesaran Perak

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-70 di Istana Iskandariah, di sini, pada Ahad.

Keberangkatan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah di Bukit Chandan dekat sini diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat Raja Muda Perak Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin.

Baginda kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen yang berpangkalan di Kem Sangro Taiping, diketuai Kolonel Abdul Rahim Hamzah.

Manakala Ketua Kawalan Kehormatan Utama diketuai oleh Mejar Mohd Izuan Mohamed dan Pegawai Waran 1, Mohamad Fairus Nizam Zabory, selaku Sarjan Mejar Perbarisan.

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan oleh Pasukan 41 Bateri Regimen Altileri Diraja (Istiadat) berpangkalan di Kem Sungai Buloh, Selangor yang diketuai Leftenan Kolonel Hafizan Mat Ghani.

Sementara itu, pancaragam pengiring adalah daripada Brassband KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah pimpinan Leftenan Muhamad Ali Rajaie Nor Mohamed dan dibantu Band Sarjan Mejar Yushamizul Mohd Yusoff.

Sultan Nazrin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kepada seramai 218 penerima sempena ulang tahun hari keputeraan baginda kali ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KSU NRES, Exco, antara 218 penerima darjah, pingat kebesaran Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI