Pemandu Proton Saga disaman buat pusingan U di lokasi tidak dibenarkan

PARIT – Polis mengambil tindakan ke atas seorang pemandu kereta Proton Saga selepas didapati melakukan U di lokasi yang tidak dibenarkan di Kilometer 41, Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Kampung Durian Kudong, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, tindakan itu diambil susulan rakaman video papan pemuka kenderaan yang merakam kejadian berkenaan tular laman sosial di Facebook

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi pada Sabtu atau 18 Julai lalu.

“Polis berjaya mengesan pemandu kenderaan berkenaan sebelum meminta individu terbabit hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah bagi membantu siasatan.

“Pemandu tersebut hadir ke IPD Perak Tengah pada 20 Julai dan rakaman percakapan telah diambil bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lokasi kejadian merupakan jalan raya dua hala yang ada menyediakan susur khas untuk kenderaan membuat pusingan U.

“Hasil siasatan mendapati satu kesalahan dilakukan di bawah Kaedah 13, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana membuat pusingan U di tempat yang dilarang.

“Sehubungan itu, tindakan saman telah diambil terhadap pemandu berkenaan atas kesalahan tersebut,” katanya.

Hafezul Helmi mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan kejadian yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Sikap terburu-buru atau mengabaikan peraturan jalan raya bukan sahaja boleh mengundang kemalangan, malah turut mengancam keselamatan awam,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Isu parkir HRPB: Kenderaan disaman akibat halang lalu lintas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI