Pembangunan AHTV di Tanjung Malim dijangka mula tahun depan

IPOH – Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim yang dijalankan antara DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely Holding) bernilai RM40 billion dijangka bermula seawal tahun hadapan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, justeru itu ketika ini kerajaan negeri sedang menunggu pelan induk daripada Geely Holding, bagi menyediakan kemudahan infrastruktur yang diperlukan bagi pembangunan projek Proton City itu.

Saarani berkata, perkara itu dibangkitkan dalam satu pertemuan di antara beliau dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan Geely, Dr. Wei Mei, di pejabatnya pada Selasa.

AHTV Tanjung Malim DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd Proton City saaarani mohamad menteri besar perak perak tanjung malim
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Angkat Cikgu Saarani (AACS) dan Program Transisi Ke Arah Perak Sejahtera (TRAS) di Hotel Weil, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 DISEMBER 2023.

“Mereka mahu lihat apa yang kerajaan negeri boleh membantu mereka dalam projek ini kerana meraka mahu melaksanakannya cepat.

“Jadi, ada beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam pertemuan itu termasuk dalam soal tanah, pembangunan utiliti berkaitan dengan Lembaga Air Perak (LAP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta peraturan-peraturan berkaitan dengan Majlis Daerah Tanjung Malim

“Oleh itu, dalam maklum balas, kita akan membantu mereka untuk mempermudahkan urusan mereka bagi pembangunan projek ini. Mereka berpuas hati dan insya-ALLAH pelaburan ini akan masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Angkat Cikgu Saarani (AACS) dan Program Transisi Ke Arah Perak Sejahtera (TRAS), di Hotel Weil, dekat sini, pada Rabu.

AHTV Tanjung Malim DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd Proton City saaarani mohamad menteri besar perak perak tanjung malim
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Angkat Cikgu Saarani (AACS) dan Program Transisi Ke Arah Perak Sejahtera (TRAS) di Hotel Weil, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 DISEMBER 2023.

Saarani terdahulu diminta mengulas berkenaan kunjungan hormat delegasi syarikat automotif terkemuka China, Geely ke pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Selasa.

Menerusi hantaran pada laman Facebook, Saarani turut menerima kunjungan dari Pengarah Urusan AHTV Geely, Dr Shawn Luo serta Pengarah Kewangan dan Pelaburan AHTV Geely, Lin Hong Jiang.

Pada Isnin, media melaporkan DRB-HICOM dan Geely Holding memeterai perjanjian usahasama bagi pembangunan AHTV yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Ibu Negara.

Ia adalah susulan daripada Perjanjian Kerjasama Utama yang ditandatangani pada Oktober 2023 yang telah menetapkan prinsip asas, rangka kerja tadbir urus dan komitmen bersama untuk projek AHTV di Tanjung Malim.

Perjanjian usaha sama tersebut menggariskan prinsip utama bagi kerjasama strategik, penyelarasan objektif usaha sama dan syarat-syarat perkongsian. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

AHTV mampu jadi hab automotif bertaraf global

 

MGPerak: Pembangunan AHTV di Tanjung Malim Dijangka Mula Tahun Depan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI