Perak berpotensi besar penyumbang kluster industri negara – Rafizi

IPOH – Perak dilihat mempunyai potensi besar sebagai negeri penyumbang baharu kepada kluster industri negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, ia susulan perancangan pembangunan projek-projek mega yang sedang giat dibangunkan seperti Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP), Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim dan sebagainya.

Katanya, Perak kini berpotensi lebih baik daripada negeri-negeri lain dalam soal penyumbang kepada ekonomi serta Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara.

Perak berpotensi besar penyumbang kluster industri negara negeri kerajaan persekutuan ekonomi Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berucap pada program Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Bersama Kerajaan Negeri Perak di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 NOVEMBER 2024.

“Melalui beberapa perancangan yang disusun sapa ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri, saya lihat Perak mampu menggunakan kelebihan sedia ada untuk dilonjakkan.

“Dan saya lihat ia perkembangan baik apabila titik-titik industri yang ditetapkan (tidak bersifat berpusat, sebaliknya ia ada dibangunkan) di utara, tengah, barat dan selatan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sesi Libat Urus RMK13 Bersama Kerajaan Negeri Perak di Hotel Casuarina @ Meru, dekat sini pada Isnin.

Hadir saama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Pengarah Bahagian Ekonomi Makro Kementerian Ekonomi, Datuk Dr Suhana Md Saleh.

Perak berpotensi besar penyumbang kluster industri negara negeri kerajaan persekutuan ekonomi Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika sidang media pada program Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Bersama Kerajaan Negeri Perak di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 NOVEMBER 2024.

Pada masa sama Rafizi berkata, Perak juga mempunyai asas yang cukup baik terutama dalam hal sumber manusia sebagai pelengkap kepada sektor-sektor industri.

Malah kata beliau, berdasarkan perkembangan semasa negeri itu juga dilihat mampu mengatasi negeri-negeri lain daripada sudut ekonomi pada masa akan datang, hasil perancangan yang sedang dilaksanakan Perak.

“Perak ada perancangan baik dari sudut pembangunan perindustrian yang bersifat menyeluruh. Saya berpandangan jika tumpuan perancangan pembangunan bersama Persekutuan dan Perak, ia mampu melengkapkan infrastruktur bagi menyokong titik-titik industri ini.

“Dalam tempoh dua ke tiga tahun akan datang apabila projek-projek mega ini mula mencapai kemajuan fizikal, saya berpandangan Perak akan berada di kedudukan lebih baik daripada sekarang,” katanya lagi.

Perak berpotensi besar penyumbang kluster industri negara negeri kerajaan persekutuan ekonomi Rafizi
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada program Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Bersama Kerajaan Negeri Perak di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 NOVEMBER 2024.

Terdahulu dalam ucapan Saarani berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti lima kawasan industri utama yang berperanan strategik untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

Kata beliau ia termasuk, KIGIP, AHTV, Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), Taman Industri Halal Perak (Perak HIP) di Lekir, serta Silver Valley Technology Park (SVTP) di Kinta.

“Kawasan-kawasan ini dirancang dengan matlamat memperkukuh daya saing negeri dan memanfaatkan kedudukan strategik Perak di koridor ekonomi utama negara,” jelas beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pengangkutan kereta api di Perak dipertingkat – Rafizi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI