‘Perak Pawsitive Initiative’ akan diperluas, tumpu kawasan kurang akses veterinar

GOPENG – Perak merancang memperluaskan Program ‘Perak Pawsitive Initiative’ ke daerah yang menghadapi masalah kekurangan akses perkhidmatan veterinar, termasuk di luar bandar bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan pemandulan haiwan peliharaan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, langkah itu diambil selepas program berkenaan menunjukkan perkembangan positif sejak projek perintisnya dimulakan di Gopeng pada dua tahun lalu.

Menurut beliau, kerajaan negeri kini mempunyai jaringan kerjasama lebih kukuh melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), klinik haiwan dan doktor veterinar tempatan sekali gus memudahkan pelaksanaan program ke daerah lain.

Perak Pawsitive Initiative diperluas Related Keyphrase: pemandulan haiwan Perak, Sandrea Ng Shy Ching, haiwan terbiar Perak, program veterinar Perak, lesen anjing PBT Perak
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching ketika sidang media pada Program Perak Pawsitive Initiative 2026 Daerah Kampar di Dewan Serbaguna Kampung Baru Lawan Kuda, Gopeng, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 MEI 2026.

“Saya juga sangat bersyukur kerana hasil kerjasama berterusan sebelum ini dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pasukan veterinar dari luar negeri, kali ini kita akhirnya berjaya membentuk pasukan pemandulan Perak Pawsitive Initiative yang berasaskan kekuatan negeri Perak sendiri.

“Ini penting kerana kita mahu membina kapasiti tempatan supaya program seperti ini dapat dijalankan secara lebih konsisten dan diperluaskan ke lebih banyak kawasan pada masa hadapan.

“Selepas ini, pihak kami juga merancang untuk memperluaskan lagi program pemandulan bersubsidi berskala besar ke kawasan yang kekurangan akses veterinar termasuk Manjung dan Kerian supaya lebih ramai masyarakat mendapat akses kepada perkhidmatan ini,” katanya.

Perak Pawsitive Initiative diperluas Related Keyphrase: pemandulan haiwan Perak, Sandrea Ng Shy Ching, haiwan terbiar Perak, program veterinar Perak, lesen anjing PBT Perak
Suasana sekitar Program Perak Pawsitive Initiative 2026 Daerah Kampar di Dewan Serbaguna Kampung Baru Lawan Kuda, Gopeng, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 MEI 2026.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Perak Pawsitive Initiative 2026 di Dewan Serbaguna Kampung Baru Lawan Kuda, di sini, pada Ahad.

Menurut Shy Ching, bagi tempoh sehingga April tahun ini, sebanyak 1,651 ekor anjing dan kucing telah berjaya dimandulkan menerusi kempen pemandulan bersubsidi di bawah Perak Pawsitive Initiative.

Perak Pawsitive Initiative diperluas Related Keyphrase: pemandulan haiwan Perak, Sandrea Ng Shy Ching, haiwan terbiar Perak, program veterinar Perak, lesen anjing PBT Perak
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching melihat para petugas doktor veterinar menjalankan proses pemandulan kucing pada Program Perak Pawsitive Initiative 2026 Daerah Kampar di Dewan Serbaguna Kampung Baru Lawan Kuda, Gopeng, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 MEI 2026.

Beliau berkata, selain itu sebanyak 1,220 lesen anjing turut berjaya dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) semasa program-program berkenaan dijalankan, dalam tempoh yang sama.

Mengulas lanjut Shy Ching berkata, meskipun pelaksanaan terhadap Program Perak Pawsitive Initiative telah memasuki edisi ke-10, namun isu lambakan haiwan jalanan terbiar di kawasan awam merupakan perkara kompleks yang dipengaruhi kepada pelbagai faktor.

Ujar beliau, selain sikap pemilik yang tidak bertanggungjawab dan kadar pembiakan haiwan yang cepat, kesedaran masyarakat yang masih rendah terhadap kepentingan pemandulan haiwan peliharaan juga menjadi antara punca utama yang mendorong kepada masalah ini.

“Apabila kita mula melaksanakan kempen ini, ramai pemilik anjing dan kucing yang masih tertanya-tanya mengenai keperluan serta kebaikan memandulkan haiwan peliharaan mereka.

“Sebab itu kita menjalinkan kerjasama erat bersama doktor veterinar dan NGO bagi menjelaskan implikasi positif pemandulan berdasarkan kajian sains, termasuk mengelakkan kelahiran tidak terkawal serta menjadikan haiwan lebih jinak.

“Langkah pemandulan ini juga terbukti dapat mengelakkan jangkitan penyakit berbahaya, sekali gus mendidik pemilik agar lebih bertanggungjawab bagi menyekat rantaian masalah sosial yang berkaitan dengan haiwan jalanan,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak Pawsitive Initiative program pemandulan kucing bersubsidi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI