Perak peroleh RM800,000 hasil pembangunan struktur telekomunikasi atas tanah kerajaan

IPOH – Perak memperoleh pendapatan RM800,000 hasil daripada pembinaan dan pembangunan struktur telekomunikasi di atas tanah milik kerajaan negeri dalam tempoh tahun 2023 sehingga April lalu.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, ia daripada kutipan hasil tanah Kependudukan Sementara (TOL) Permit Khas, Permit Penggunaan Tanah Hutan serta Sewaan Tanah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Kerajaan Negeri Perak pembinaan dan pembangunan struktur telekomunikasi tanah kerajaan negeri Mohd Azlan Helmi Helmi exco komunikasi
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi berucap pada Program Amanat dan Pemerkasaan Hala Tuju Portfolio Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak di Kelab Golf Diraja Perak, Ipoh, malam tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 MEI 2024.

Menurut beliau, usaha itu juga digerakkan melalui pusat sehenti (OSA) Agensi Penyelaras Infrastruktur Telekomunikasi (APiT) dengan kolaborasi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perak.

“Saya berharap dengan segala usaha pengurusan, penyelarasan dan pemantauan yang berterusan, proses permohonan pembinaan serta pembangunan struktur telekomunikasi negeri dapat diseragamkan dan sekiranya boleh dipercepatkan lagi.

Kerajaan Negeri Perak pembinaan dan pembangunan struktur telekomunikasi tanah kerajaan negeri Mohd Azlan Helmi Helmi exco komunikasi
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi beramah mesra bersama tetamu ketika hadir ke Program Amanat dan Pemerkasaan Hala Tuju Portfolio Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak di Kelab Golf Diraja Perak, Ipoh, malam tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 MEI 2024.

“Ini akan menggalakkan kemasukkan lebih banyak pelaburan dan pembangunan ke negeri Perak. Ini juga membantu meningkatkan lagi hasil pendapatan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Amanat Pemerkasaan Hala Tuju Portfolio Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak di Kelab Golf Diraja Perak, dekat sini, malam tadi.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi hadir ke Program Amanat dan Pemerkasaan Hala Tuju Portfolio Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak di Kelab Golf Diraja Perak, Ipoh, malam tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 MEI 2024.

Jelas Mohd Azlan, selaras dengan Agenda Ekonomi Digital di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030, pihaknya juga telah mengadakan jelajah komunikasi di seluruh negeri khususnya kawasan luar bandar.

Menurut beliau, ia sebagai usaha mahu melihat sendiri tahap keupayaan jaringan supaya ia dapat diatasi masalah jaringan jalur lebar.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi beramah mesra bersama tetamu ketika hadir ke Program Amanat dan Pemerkasaan Hala Tuju Portfolio Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak di Kelab Golf Diraja Perak, Ipoh, malam tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 MEI 2024.

Pada masa sama, beliau memberitahu, Perak merupakan negeri ketiga di negara ini yang mempunyai Komuniti Madani terbanyak iaitu dengan 177 Komuniti Madani sehingga kini.

“Sebagaimana sedia maklum penubuhan Komuniti Madani adalah sebuah badan NGO secara sukarela.

“Penubuhannya mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu satu DUN dengan tiga Komuniti Madani diwujudkan dan sekata ini, seramai 1,770 telah menyertai penubuhan ini,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Liputan 5G di Perak capai 71.9 peratus

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI