Liputan 5G di Perak capai 71.9 peratus

IPOH – Perak merekodkan kadar liputan 5G sebanyak 71.9 peratus bagi kawasan berpenduduk sehingga September 2023, menurut Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Azlan Helmi Helmi.

Azlan Helmi berkata, pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) termasuk di Perak sedang dijalankan secara berperingkat.

Beliau berkata, dalam usaha berkenaan kebanyakannya ditumpukan kepada kawasan-kawasan yang berkepadatan tinggi serta mempunyai aktiviti ekonomi yang berimpak tinggi.

“Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bersama-sama kerajaan negeri komited untuk mempercepatkan perluasan teknologi 5G.

“Ia bagi menyempurnakan kesalinghubungan internet sekaligus memastikan semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar dapat menikmati jaringan komunikasi yang lebih baik.

“Pihak DNB mensasarkan perluasan liputan 5G di negeri Perak mencapai 77.3 peratus sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Zafarulazhan Zan (PN – Kampong Gajah) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Sementara itu, Mohd Azlan memberitahu, DNB mensasarkan perluasan liputan 5G di pekan Kampung Gajah dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada awal tahun hadapan di mana terdapat satu tapak pemancar liputan 5G telah dirancang pembinaan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak tambah baik jaringan telekomunikasi di hutan lipur terpilih

Perak kenal pasti 215 menara telekomunikasi haram

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI