Perak promosi produk Ipoh melalui ETS

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melancarkan pengiklanan pakej promosi produk dan tempat pelancongan menarik di Ipoh melalui Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) di sini, hari ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pengiklanan ini sebagai satu usaha untuk menarik pelancong meneroka bandar raya Ipoh dengan menaiki kereta api.

“Memandangkan perjalanan ETS adalah dari Kuala Lumpur sehingga Padang Besar di sebelah utara dan dari Kuala Lumpur ke Gemas di sebelah selatan.

“Kami amat yakin bahawa pengiklanan ini akan menarik lebih ramai pengunjung ke bandar raya Ipoh,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Pengiklanan Pakej Promosi Maklumat Produk-Produk dan Tempat-Tempat Pelancongan Menarik di Bandar Raya Ipoh Melalui Perkhidmatan ETS di Stesen Kereta Api Ipoh, di sini pada Rabu.

Tambah beliau, sempena Tahun Melawat Perak 2024, pihak MBI juga mengambil satu langkah untuk memasukkan Ipoh dalam peta pelancongan sebelum Tahun Melawat Malaysia 2026.

Katanya, terdapat banyak aktiviti yang dirancang bakal dilaksanakan untuk menarik lebih ramai pengunjung domestic dan pelancong luar negara ke Ipoh.

“Produk-produk yang diketengahkan telah disegmenkan kepada konsep 3H iaitu Hipster,Heritage dan Health.

“Pertumbuhan kafe berbentuk hipster, 27 bangunan bersejarah yang wujud sejak zaman British dan fasiliti hospital yang canggih serta sedia menerima pesakit luar negara untuk mendapatkan rawatan adalah ciri-ciri yang terdapat dalam konsep 3H,”ujarnya. – MG Perak.

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI