Peralihan monsun bermula 9 Oktober bawa hujan lebat, angin kencang

KUALA LUMPUR – Fasa peralihan monsun dijangka bermula 9 Oktober ini dan berterusan sehingga penghujung Oktober, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip.

Beliau berkata, permulaan fasa berkenaan menandakan berakhirnya musim Monsun Barat Daya yang bermula sejak 14 Mei lalu.

Menurutnya, sepanjang tempoh peralihan monsun, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir.

“Keadaan ini lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat dan kilat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat, terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, fenomena cuaca berkenaan berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Dalam pada itu, Mohd Hisham berkata, berakhirnya Monsun Barat Daya turut dijangka menyebabkan kesan jerebu rentas sempadan dari negara jiran beransur-ansur berkurangan berikutan perubahan arah pergerakan angin.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada sepanjang tempoh peralihan monsun dan sentiasa mengikuti ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan METMalaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI