Remaja perempuan 16 tahun hilang

IPOH – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Cempaka, di sini, pada 8 Oktober lalu.

R Mannimegalai, 16, yang masih tinggal bersama keluarga dipercayai keluar rumah kira-kira jam 2.30 pagi pada 8 Oktober lalu dan tidak pulang sehingga ke hari ini.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan itu kali terakhir dilihat memakai singlet putih bersama cardigan biru lembut dengan seluar legging panjang hitam sebelum dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata ibu kepada remaja bertubuh gempal dan berkulit hitam manis itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Baru berhubung perkara tersebut.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja terbabit boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Inspektor Anis Safira Roslan di talian 018-786 5440 atau IPD Ipoh di talian 05-245 1500 atau ke balai polis berhampiran,” katanya. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI