Polis Perak jamin sambutan Thaipusam berjalan lancar

IPOH – Polis Perak akan memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan undang-undang bagi memastikan pergerakan perayaan Thaipusam di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, di sini berjalan lancar.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, berikutan itu, seramai 567 anggota serta pegawai ditugaskan untuk mengawal dan menjaga keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perayaan itu berlangsung.

Menurutnya, pihaknya turut mengadakan program High Profile Policing (HPP) PDRM Perak serta meneruskan meneruskan tradisi Thanner Panthal melibatkan 75 pegawai, anggota dan kakitangan awam Polis Perak beragama Hindu.

Polis Perak jamin sambutan Thaipusam berjalan lancar
Pemangku Ketua Polis Perak Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat menyerahkan air kepada orang ramai ketika menghadiri program High Profile Policing Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak sempena sambutan Thaipusam di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 FEBRUARI 2025.

“Pada kali ini kita menyediakan 6,000 bungkusan makanan serta 14,000 minuman secara percuma untuk diberikan kepada pengunjung.

“Melalui program HPP ini, warga Polis Perak menyantuni dan beramah mesra, memberi nasihat berkaitan keselamatan, serta mengedarkan beg cenderahati yang mengandungi risalah keselamatan, air minuman dan buah kepada pengunjung yang hadir,” katanya.

Polis Perak jamin sambutan Thaipusam berjalan lancar
Pemangku Ketua Polis Perak Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat pada sidang media ketika menghadiri program High Profile Policing Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak sempena sambutan Thaipusam di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 FEBRUARI 2025.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program HPP Polis Perak sempena sambutan Hari Thaipusam 2025 negeri Perak di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, di sini pada Selasa.

Seramai 400,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka akan memeriahkan sambutan ini bermula semalam sehingga esok. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Laluan utama di Ipoh ditutup sempena Thaipusam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI