Projek rintis ERAT meriahkan semula Kinta Riverwalk

IPOH – Perak melancarkan program ‘ERAT @ Kinta Riverwalk’ bagi menghidupkan semula kawasan ruang awam di bandar raya ini yang dilihat mempunyai potensi besar sebagai lokasi aktiviti komuniti, seni, budaya dan ekonomi setempat.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, projek rintis dalam tempoh enam bulan itu merupakan hasil kerjasama antara pejabatnya, Persatuan Komuniti Seniman Jalanan Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Katanya, pelaksanaan program juga akan dinilai daripada sudut keberkesanannya dalam mengembalikan kemeriahan kawasan Kinta Riverwalk yang sebelum ini sering menjadi kawasan tumpuan orang ramai, khususnya pelancong.

“Program ini penting kerana ia bukan sekadar sebuah acara, sebaliknya ia adalah projek rintis selama enam bulan untuk melihat bagaimana kita boleh menghidupkan semula ruang awam.

“Kita mahu membawa lebih banyak aktiviti komuniti, seni dan budaya ke tengah bandar serta mewujudkan suasana yang lebih mesra, meriah dan lebih dekat dengan masyarakat,” katanya.

ERAT @ Kinta Riverwalk Kinta Riverwalk Ipoh ruang awam Ipoh aktiviti komuniti Ipoh Sandrea Ng Shy Ching pelancongan bandar Ipoh ERAT @ Kinta Riverwalk Kinta Riverwalk Ipoh Aktiviti komuniti Ipoh Ruang awam Ipoh Sandrea Ng Shy Ching Pelancongan Ipoh Majlis Bandaraya Ipoh Tarikan baharu Ipoh Program komuniti Perak Bandar Raya Ipoh
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching ketika berucap pada majlis perasmian Program ERAT @ Kinta Riverwalk di Ipoh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada perasmian ERAT @ Kinta Riverwalk, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Setiausaha Persatuan Komuniti Seniman Jalanan Perak, Muhammad Nor Azlizam Azrin Yusri.

Menurut Shy Ching, program yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat itu melibatkan penyertaan 40 peniaga, khususnya makanan dan pakaian serta dengan pengisian pelbagai aktiviti termasuk zumba, sukan elektronik dan persembahan muzik.

Kata beliau, inisiatif itu turut membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan selain menjadi platform untuk mengukuhkan kerjasama antara kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat.

Tambah beliau lagi, usaha menghidupkan semula Kinta Riverwalk juga penting dalam memperkukuhkan identiti Bandar Raya Ipoh sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan pengalaman lebih menyeluruh kepada pengunjung.

“Kita melihat semakin ramai pelancong datang ke Ipoh dan mahu memastikan bandar ini bukan sekadar tempat persinggahan atau lokasi mencari makanan semata-mata.

“Melalui program seperti ini, kita boleh membina identiti bandar yang lebih menarik dengan pelbagai aktiviti untuk masyarakat dan pelancong,” katanya.

Pada masa sama Shy Ching berkata, kerajaan negeri dan MBI turut sentiasa berusaha dalam memastikan segala prasarana awam di sekitar kawasan berkenaan berada dalam keadaan baik.

Kata beliau, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah membelanjakan sejumlah peruntukan bagi menambah baik fasiliti pencahayaan untuk keselamatan orang awam di sekitar Kinta Riverwalk.

Mengulas lanjut Shy Ching memaklumkan, beliau tidak menolak kemungkinan model yang sama dilaksanakan ERAT @ Kinta Riverwalk di diperluaskan ke lokasi lain di Perak sekiranya projek rintis tersebut menunjukkan impak positif.

“Jika platform ini berjaya, pasukan yang terlibat boleh bergerak ke lokasi lain yang memerlukan usaha menghidupkan semula ruang awam.

“Kita akan meneliti keperluan dari semasa ke semasa dan cuba melaksanakan pendekatan yang sama di kawasan lain sekiranya diperlukan,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Ipoh bangun identiti bandar mesra pejalan kaki waktu malam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI