Saarani ambil alih tugas ADUN Ayer Kuning

IPOH – Tugas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada 22 Februari lalu diambil alih Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad buat sementara waktu.

Menurut Saarani, hampir setiap hari beliau akan turun ke kawasan tersebut bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai sementara menunggu wakil rakyat baharu dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.

“Oleh kerana rakyat dalam kawasan Ayer Kuning itu kehilangan wakil rakyat dia, sekarang sayalah yang kena mengambil alih kerja-kerja wakil rakyat itu. Segala masalah yang selama ini mereka adukan kepada Allahyarham mereka adukan kepada saya.

“Jadi, saya turun padang sebagai galang ganti kepada kehilangan itu dan pada masa yang sama saya juga sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai untuk mengambil alih tempat Allahyarham,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Pelancaran Dewan Belia Negeri Perak Sesi 2025/2026 di Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani memaklumkan jentera Barisan Nasional (BN) sedang bersiap siaga bagi menghadapi PRK yang akan diadakan pada bulan depan.

“Saya sedang memastikan jentera saya bersiap siaga untuk berhadapan dalam tempoh PRK itu,“ jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PRK Ayer Kuning: Jangan cetus provokasi melampau – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI