Samun bersenjata: Tukang kayu terima sembilan jahitan, dilibas parang

TANJUNG MALIM – Seorang tukang kayu warga emas cedera selepas terlibat dalam insiden samun bersenjata menggunakan parang di rumahnya di Jalan Ketoyong, dekat sini, pagi Khamis.

Mangsa, Tham Kim Fong, 62, menerima sembilan jahitan susulan mengalami kecederaan pada lengan kanan dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, sebelum itu mangsa yang sedang berada dalam rumah terdengar bunyi salakan anjing dari luar.

Katanya, mangsa kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati terdapat dua lelaki sedang memecahkan tingkap rumahnya.

“Menyedari kehadiran mereka, warga emas itu kemudian masuk ke dalam bilik sebelum bertindak mengunci pintu bilik.

“Bagaimanapun, dua suspek memecahkan pintu bilik tersebut dan berlaku pergelutan dengan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Samun bersenjata parang cedera kecederaan warga emas lelaki tukang kayu polis Mohd Hasni
Tukang kayu, Tham Kim Fong, 62, menerima sembilan jahitan pada lengan kanan dalam insiden samun bersenjata menggunakan parang di rumahnya di Jalan Ketoyong, Tanjung Malim. Foto IHSAN PDRM

Mohd Hasni memberitahu, salah seorang daripada suspek melibaskan parang sehingga mengakibatkan kecederaan pada warga emas itu.

“Mangsa mengalami kerugian RM1,200 yang melibatkan seutas jam tangan, satu unit telefon bimbit, wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu serta kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),” jelas beliau.

Polis sedang menjejaki kedua-dua suspek dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun, dan dengan sengaja mendatangkan kecederaan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI