‘Saya kuat demi anak-anak’ – Ibu tunggal cekal diami pondok

DEMI kasih dan sayang kepada anak-anak, seorang ibu tunggal cekal membesarkan mereka walaupun terpaksa mendiami pondok kecil di Kampung Ayer Ganda, Temengor dekat Gerik sejak tahun lalu.

Pondok yang berada berhampiran dengan sebuah kebun getah itu merupakan syurga kecil buat Rodiyana Noorain, 47, bersama dua anaknya yang masing-masing berusia 18 dan 12 tahun.

Menurut Rodiyana, dia membuat keputusan untuk tinggal di pondok itu selepas berpisah dengan suaminya pada Jun tahun lalu.

perak sejahtera 2030 ibu tunggal gerik perak MAIPK perak sejahtera 2030 ibu tunggal gerik perak MAIPK perak sejahtera 2030 ibu tunggal gerik perak MAIPK
Ibu tunggal, Rodiyana Noorain, 47, menunjukkan keadaan pondok yang didiaminya di Kampung Ayer Ganda, Temengor dekat Gerik. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

“Selepas berpisah dengan bekas suami, saya keluar dari rumah itu dan membuat keputusan untuk mencari kehidupan baharu.

“Walaupun tidak mampu, akan tetapi saya tidak mahu menumpang di rumah adik-beradik lain kerana tidak mahu membebankan atau menyusahkan mereka yang sudah berkeluarga.

“Akhirnya saya berjumpa dengan seorang rakan yang prihatin dengan mengizinkan saya untuk mendiami pondok yang didirikan di kawasan belakang rumahnya,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui MG Perak pada Program Ziarah Asnaf dan Penyerahan Bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Bersama Orang Besar Jajahan Hulu Perak Datuk Ar LA Meor Roslan Meor Ahmad Rashidi, di Gerik, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Unit Pembangunan Asnaf MAIPk, Noraizad bin Rosli serta Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat, Fadzlil Mohd Salleh.

Ibu tunggal, Rodiyana Noorain, 47, disantuni Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) serta Orang Besar Jajahan Hulu Perak Datuk Ar LA Meor Roslan Meor Ahmad Rashidi (kanan gambar), di Kampung Ayer Ganda, Temengor dekat Gerik. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Rodiyana memberitahu, pondok kecilnya itu mempunyai dapur, ruang berehat serta tempat tidur, sementara sumber elektrik dan air disalurkan dari rumah rakannya itu.

Menurut ibu tunggal itu, walaupun tidak diminta, namun dia sering menghulurkan sebanyak RM50 kepada rakannya sebagai tanda penghargaan atas keprihatinan terhadap kehidupannya.

Ujar Rodiyana, dia membesarkan keluarganya melalui hasil keringatnya dengan mengambil ubah menoreh getah dan menghasilkan sarung jari getang dengan anggaran kira-kira RM400 sebulan serta nafkah untuk anak-anaknya berjumlah RM350.

“Selama ini saya fikir, saya harus kuat demi anak-anak. Selagi saya ada kudrat, saya akan cuba untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak,” katanya lagi.

Tambah Rodiyana, selain tidak pernah mengikat perut demi meneruskan kelangsungan kehidupan, dia bersyukur tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku selama menetap di pondok itu.

Sinar di hujung terowong

Kisah yang dialami Rodiyana itu mendapat perhatian daripada MAIPk apabila Badan Berkanun Negeri Perak itu tampil membela nasibnya.

Meor Roslan yang juga Pengerusi Baitulmal Hulu Perak berkata, pihaknya telah mengenal pasti rumah sementara di Kampung Ayer Ganda yang lebih selesa untuk ibu dan dua anaknya mendiami bermula Isnin.

perak sejahtera 2030 ibu tunggal gerik perak MAIPK perak sejahtera 2030 ibu tunggal gerik perak MAIPK perak sejahtera 2030 ibu tunggal gerik perak MAIPK
Ibu tunggal, Rodiyana Noorain, 47, (tengah) disantuni Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) serta Orang Besar Jajahan Hulu Perak Datuk Ar LA Meor Roslan Meor Ahmad Rashidi, di Kampung Ayer Ganda, Temengor dekat Gerik. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Menurutnya, MAIPk melalui Baitulmal menanggung bayaran deposit dan kadar sewa bulanan RM200 kediaman itu sementara tindakan untuk mendapatkan sebuah rumah tetap bagi Rodiyana sedang dijalankan.

“Kita akan menanggung bayaran sewa bulanan rumah itu sehingga Rodiyana mampu membiayainya sendiri. Dan sekiranya ia perlu dilanjutkan, kita bersedia untuk mengkaji mengikut keperluannya,” katanya lagi.

Keadaan rumah sewa yang dibiayai Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk Rodiyana Noorain, 47, dan dua anaknya tinggal di Kampung Ayer Ganda, Temengor dekat Gerik, bermula Isnin. foto MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK
perak sejahtera 2030 ibu tunggal gerik perak MAIPK perak sejahtera 2030 ibu tunggal gerik perak MAIPK perak sejahtera 2030 ibu tunggal gerik perak MAIPK
Keadaan rumah sewa yang dibiayai Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk Rodiyana Noorain, 47, dan dua anaknya tinggal di Kampung Ayer Ganda, Temengor dekat Gerik, bermula Isnin. foto MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

Rodiyana berkata, dia bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak khususnya MAIPk yang prihatin terhadap nasib dirinya itu.

MAIPk antara agensi bertanggungjawab meningkatkan taraf hidup golongan kurang berkemampuan sebagaimana yang digariskan di bawah Program Flagship Pelan Perak Sejahtera 2030.

Badan berkanun negeri itu antara lain merupakan antara agensi yang terlibat sebagai peneraju kepada Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Proper A anjuran MAIPk bantu Kerajaan Perak basmi kemiskinan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI