Sekolah Rohingya: KPM serah kepada pihak berkuasa

IPOH – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan kewujudan sebuah sekolah untuk etnik Rohingya di Kampung Ladang Titian, Kuala Terengganu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, ini kerana perkara berkenaan bukan di bawah bidang kuasa kementerian sebaliknya memberi laluan kepada pihak berkaitan untuk meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Perkara ini bukan di bawah bidang kuasa KPM, namun sebarang usaha kepada penubuhan sekolah dalam negara ini tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996,” jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik Ke-69 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ave Maria Convent di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Ahmad Faidzul Mat Yazid serta Pengetua SMJK Ave Maria Convent, Tan Pei Nee.

Pada Khamis, sebuah media tempatan melaporkan kewujudan sebuah sekolah yang dibangunkan etnik Rohingya di Kuala Terengganu sejak Februari lalu telah mendatangkan kegusaran kepada penduduk.

Media itu melaporkan, pusat pengajian untuk kanak-kanak etnik berkenaan yang berusia antara empat hingga 15 tahun itu didirikan dengan menggunakan papan lapis sebagai dinding selain turut menerima bekalan elektrik serta air bersih.

Juga dilaporkan bangunan yang dijadikan pusat pendidikan untuk menempatkan antara 30 dan 50 kanak-kanak Rohingya itu disewa daripada penduduk tempatan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak pantau isu Rohingya, ambil kira keselamatan penduduk – MB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI