Seorang maut, tiga lagi cedera tercampak keluar dari kereta

TAIPING – Seorang lelaki maut, manakala tiga lagi cedera selepas tercampak keluar dari kereta yang dinaiki mereka dalam kemalangan jalan raya di kilometer (km) 196.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, petang Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting menerima panggilan kejadian pada jam 6.08 petang.

“Anggota BBP Kamunting tiba di lokasi kejadian pada jam 6.22 petang dan setibanya jentera di lokasi kemalangan terdapat sebuah kereta jenis Honda City terbabas dengan sendirinya di bahu jalan.

“Terdapat empat mangsa lelaki dewasa di mana tiga mengalami kecederaan dan seorang lagi meninggal dunia dan semua mangsa tercampak keluar,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Sabarodzi, ketua operasi kemudiannya mengaplikasikan konsep menyelamat dan seterusnya memastikan keadaan selamat sebelum menyerahkan mangsa kepada pasukan perubatan dan polis.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menerima rawatan lanjut, manakala mangsa yang maut di serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi menyelamat tamat pada jam 7.10 petang. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga lelaki termasuk dua beradik rentung dalam kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI