Sorok 527kg minyak masak paket di premis kediaman

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Perak, merampas 527 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi bernilai RM1,317.50 yang disita dari sebuah premis kediaman warga tempatan di Taman Meru, di sini pada Selasa.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, dalam operasi kira- kira jam 5.30 petang itu pegawai dan anggota telah menyerbu kediaman yang dipercayai dijadikan stor simpanan.

Menurut beliau, ia selepas menerima maklumat serta aduan daripada orang awam.

“Hasil pemeriksaan menemukan sejumlah minyak masak paket 1kg bersubsidi di ruangan tempat letak kenderaan di kediaman tersebut.

“Semakan awal juga mendapati pemilik premis tersebut tidak mempunyai apa-apa kebenaran atau permit yang sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia untuk meyimpan barang kawalan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, kesemua minyak masak paket tersebut telah dirampas dan disita untuk tindakan selanjutnya.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,”ujarnya – MG Perak.

Artikel Berkaitan:

Kantoi sorok 704 peket minyak masak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI