Kantoi sorok 704 peket minyak masak

TAIPING – Seorang jurujual yang mendakwa minyak masak peket sudah habis dijual ‘kantoi’ apabila penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) menemui 704 peket barang kawalan itu disorok di sebuah premis di Kamunting hari ini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan itu dilaksanakan hasil daripada maklumat dan aduan pengadu yang diterima.

Menurutnya, sebanyak 704 peket minyak masak seberat satu kilogram setiap satu telah disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM1,760.

“Dalam serbuan itu, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping telah membuat uji beli di premis berkenaan menerusi Ops Samar.

“Semasa uji beli dilakukan, jurujual memaklumkan bahawa minyak masak telah habis dijual.

“Tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, pegawai dan anggota penguat kuasa beruniform kemudiannya masuk ke dalam premis serta melakukan pemeriksaan menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah menemui sejumlah minyak masak peket yang disimpan di dalam stor premis dan ruang kaunter.

Katanya, satu arahan pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada penyelia premis susulan penemuan barang kawalan itu.

“Sehubungan itu, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Peniaga berdepan denda RM1 juta susulan sorok minyak masak peket

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI