Stok beras cukup untuk lima bulan – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Jumlah stok beras tempatan sehingga 3 Oktober lalu adalah sebanyak 820,482 tan metrik dan dijangka dapat menampung keperluan bagi tempoh empat hingga lima bulan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah tersebut termasuk 250,000 tan metrik stok penimbal kerajaan dan 570,482 tan metrik stok dagangan.

Bercakap semasa sesi penerengan berkenaan isu bekalan beras putih tempatan (BPT) di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, sebanyak 708,978 kampit BPT 10 kilogram (kg) telah diedarkan di seluruh Semenanjung melalui rantaian peruncit seperti pasar raya, rantaian, premis serta outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Edaran berkenaan dibuat melaui Program Khas BPT.

Terdahulu katanya, kenaikan harga beras import secara mendadak di dunia dan larangan eksport oleh India antara faktor pelaksanaan penyelarasan harga jualan beras putih import (BPI).

Jelas beliau, tanpa penyelarasan itu Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dijangka akan mengalami kerugian pada hujung tahun ini.

“Bernas juga dijangka hilang kemampuan untuk berkongsi 30 peratus keuntungan bersih pengimportan dengan pesawah sehingga membawa implikasi negatif kepada kerajaan.

“Walau bagaimanapun, harga jualan BPI akan diselaraskan oleh Bernas dari semasa ke semasa tertakluk kepada harga pasaran beras global (FOB) dan kadar nilai tukaran mata wang,” tambah beliau.

Mohamad berkata, Bernas melaksanakan pelarasan harga jualan BPI daripada RM2,350 per tan metrik kepada RM3,200 per tan metrik berkuat kuasa pada 1 September yang lalu.

Inisiatif tersebut sejajar dengan harga terkini BPI di pasaran antarabangsa.

Mengulas lanjut katanya lagi, pelarasan tersebut menyebabkan permintaan BPT meningkat secara mendadak dengan harga kawalan RM2.60 sekilogram (kg).

“Ini memberi tekanan kepada permintaan terhadap BPT di pasaran. Selain itu, penurunan hasil pengeluaran padi tempatan atas pelbagai faktor luaran seperti perubahan iklim dan serangan penyakit,” ujarnya.- MGPerak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI