Stor seleweng minyak masak bersubsidi diserbu, lelaki warga Bangladesh ditahan

IPOH – Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan dipercayai terlibat dalam kes penyelewengan minyak masak bersubsidi susulan serbuan ke atas sebuah stor yang dijadikan bilik kediaman di Kawasan Perindustrian Lahat, di sini semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan sekitar jam 3.30 petang menerusi Ops Tiris 4.0 dijalankan susulan aduan awam berhubung aktiviti penyimpanan minyak masak peket 1 kilogram (kg) di premis berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak menemukan sebanyak 170kg minyak masak peket 1kg pelbagai jenama yang disimpan di dalam bilik kediaman tersebut.

“Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 39 tahun yang mengaku sebagai penyewa premis berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit memaklumkan bahawa minyak masak paket yang ditemui bukan miliknya namun gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran yang sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia bagi urusan melibatkan barang kawalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sebanyak 170kg minyak masak peket 1kg pelbagai jenama serta beberapa dokumen berkaitan turut disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM425.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak rampas 3,200 liter diesel disimpan secara haram

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI