SUKMA Selangor: Wa Sern sumbang emas ketujuh Perak

IPOH – Kontinjen Perak terus beraksi cemerlang apabila menambah satu lagi pingat emas menerusi sumbangan atlet, Low Wa Sern yang dinobatkan johan pada sukan skuasy perseorangan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, pada Selasa.

Atlet berusia 20 tahun itu berjaya menundukkan wakil tuan rumah, M Nickhileswar 11-6, 11-8, 11-2 pada aksi final yang berlangsung di Kompleks Sukan Astaka Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Selain itu, atlet menembak, Nazirul Iqbal Roszaini bersama-sama V Hiranraaj dan Muhamad Nu’aim Hussaini Mhd Zuki membantu menambah pungutan pingat perak bagi acara 50 meter rifle prone berpasukan lelaki.

Pasukan trio menembak wanita turut beraksi jaya dengan menyumbang perak menerusi atlet Ainul Marhiah Mohd Yusri, Nor Alya Aqila Mahathir dan Nurul Ain Murad pada acara sama bagi kategori berpasukan wanita.

Semangat ‘Belang Tarung Tiga Warna’ digenggam oleh pasukan sepak takraw wanita yang juga menyumbang pingat perak pada perlawanan  yang diadakan di Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) Puchong.

Pada masa sama, kontinjen Perak turut menambah bilangan pingat gangsa menerusi dua atlet menembak, Hiranraaj dan Ainul Marhiah masing-masing pada acara 50 meter rifle prone individu lelaki dan wanita.

Gangsa juga disumbangkan pasukan kabaddi wanita serta Kean Keshvin Singh melalui sukan olahraga acara 1,500 meter lelaki.

Setakat ini Perak di tempat ke sembilan mengumpul keseluruhan 33 pingat terdiri daripada tujuh emas, perak (sembilan) gangsa (17). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

SUKMA Selangor: Perak raih 23 pingat, Nazirul Iqbal pecah rekod

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI