Sultan Perak berkenan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri lebih 1,000 jemaah di Masjid Ubudiah di sini, hari ini.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Sultan Perak berkenan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAC 2025.

Keberangkatan tiba baginda di masjid berkenaan sekitar jam 8.30 pagi disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, barisan Exco Kerajaan Negeri dan beberapa kenamaan lain.

Sejurus selesai solat sunat, Sultan Nazrin dan jemaah diperdengarkan bacaan khutbah Aidilfitri bertajuk ‘Aidilfitri: Menjernihkan Hati-Mengembalikan Fitrah’.

Sultan Perak berkenan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Umat Islam menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAC 2025.

Baginda kemudiannya menziarahi pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam Diraja masjid berkenaan sebelum berangkat pulang.

Jemaah turut tidak melepaskan peluang untuk bersalam dan bergambar dengan baginda selepas selesai solat sunat Aidilfitri. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MB Perak sertai takbir raya Aidilfitri di Masjid Negeri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI