Terbukti semua formula Rafizi tidak praktikal, dakwa Puad

KUALA LUMPUR – Rakyat tidak akan lupa angkuhnya ucapan Rafizi Ramli semasa pelancaran ‘ Ayuh Malaysia’ pada tahun 2022, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Kata beliau ketika itu: “Paling kurang aku ada formula, ini kau menteri berlambak, satu formula pun tak ada. Otak letak dekat mana?”.

Kenyataan itu dibuat oleh Rafizi bagi membalas semua sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggelarnya ‘raja formula songsang’.

Menurut Rafizi UMNO mempunyai ramai menteri tetapi tiada formula untuk menyelesaikan isu rakyat.

Masalahnya, dakwa Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, formula Rafizi berniat janji kosong, keyakinan palsu dan bertujuan untuk menipu rakyat.

Sekarang ini, katanya, Rafizi sudah diberi kuasa dan jadi menteri.

“Terbukti semua formula itu tidak praktikal. Baru kita tahu dia letak otak dekat mana,” ujar Puad. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI