Tiga nelayan warga Indonesia ditahan langgar syarat lesen sah

PARIT BUNTAR – Tiga nelayan asing warga Indonesia ditahan bersama bot tempatan jenis pukat gombang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau pada kedudukan 3.9 nautika Barat Daya Kuala Gula, di Perairan Kerian tengah hari Selasa.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata ketiga-tiga warga asing itu termasuk tekong berusia antara 30 hingga 37 tahun itu ditahan kerana didapati melanggar syarat sah lesen.

Menurutnya, sebaik sahaja menerima aduan awam berkenaan aktiviti perikanan oleh nelayan warga asing di perairan tersebut, pasukan bot peronda APMM telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya mengesan bot terbabit.

“Hasil pemeriksaan menemukan seramai tiga orang nelayan warga Indonesia termasuk tekong berumur 30 hingga 37 tahun berada di bot terbabit dan dua daripadanya memiliki dokumen pengenalan diri yang sah namun seorang kru gagal berbuat demikian.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati bot terbabit memiliki lesen namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.

“Kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan serta dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.

“Kita menyeru kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kesejahteraan bersama.

“Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-727 9919 atau MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI