TNB tutup bekalan elektrik di Perak Tengah

PARIT – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di sekitar daerah Perak Tengah, di sini, hari ini berikutan paras banjir yang semakin meningkat.

TNB menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, setakat jam 11.30 pagi tadi, kawasan yang mengalami penutupan bekalan elektrik terbabit adalah Kampung Pasir Garam, Kampung Pasir Putih dan Kampung Pulau Tiga Kiri yang terletak berhampiran Sungai Perak.

Susulan itu, syarikat utiliti itu mengingatkan orang awam mengelak daripada memijak kawasan berair jika terdapat talian elektrik putus atau jatuh di atas tanah atau dalam air.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan, setakat jam 2 petang, seramai 1,548 mangsa daripada 487 keluarga di lima daerah terjejas banjir dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah Perak Tengah merekodkan 210 mangsa daripada 71 keluarga berlindung di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Sagor, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muzafar Shah I dan Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang. – MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI