UPSI, MEITD jalin kerjasama tingkat profesionalisme guru Sarawak

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyambut baik hasrat kerajaan negeri Sarawak untuk bekerjasama dalam meningkatkan kecemerlangan bidang pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat 1 (MEITD) Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, UPSI menjadi pilihan untuk program kerjasama strategik ini kerana ia menawarkan 95 program di peringkat pasca siswazah.

Menurutnya, hampir 40 peratus guru-guru di Sarawak yang mengajar subjek Matematik dan Sains adalah bukan opsyen.

“MEITD berhasrat untuk menyediakan peluang dan biasiswa bagi membuka peluang kepada guru-guru di Sarawak melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang.

“Kerjasama itu turut membuka lebaran baru untuk UPSI menyediakan platform dan usahasama akademik bertujuan meningkatkan profesionalisme dalam kalangan guru-guru di Sarawak.

“Kami berharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada guru tempatan untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan.

“Ini kerana ia bukan sahaja akan membawa manfaat kepada guru sekali gus meningkatkan kecemerlangan pendidikan terutama bagi seluruh rakyat Sarawak” katanya.

Beliau, pertemuan tersebut turut menyentuh usaha untuk menambah pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran supaya selari dengan keperluan masa kini, termasuk projek Yayasan Hasanah yang sedang diterajui oleh UPSI.

“Menerusi kerjasama strategik ini, diharap lebih ramai guru tempatan yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana seterusnya kedoktoran dan melahirkan guru yang berkemahiran tinggi, berintegriti dan berdaya saing dalam bidang pendidikan,” jelasnya.

Katanya, kerjasama itu memberi peluang kepada UPSI untuk melebarkan sayap dalam usaha memperluas program pengajian siswazah sekali gus mengukuhkan kedudukan universiti tersebut sebagai Universiti Pendidikan di Malaysia.

Terdahulu, Annuar mengadakan kunjungan hormat ke UPSI dan disambut oleh ahli pengurusan tertinggi universiti berkenaan.

Pada pertemuan itu, satu sesi perbincangan yang dipengerusikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Suriani Abu Bakar turut diadakan di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

‘Catching Up with Doc Zam’ buka ruang mahasiswa UPSI berinteraksi dengan Zambry

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI