Veteran UMNO berdiri teguh di belakang Ustaz Yusri

TAPAH – Veteran UMNO Bahagian Tapah berdiri teguh di belakang calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir yang bakal berentap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini

Ahli Jawatankuasa (AJK) Veteran UMNO Bahagian Tapah, Megat Zulkifle Megat Ardi menyifatkan Mohamad Yusri merupaka calon terbaik pilihan BN bagi menghadapi pilihan raya melibatkan pertembungan tiga penjuru itu.

Beliau yang menjadi ahli UMNO lebih 40 tahun itu berkata, sokongan penuh yang tidak berbelah bagi akan diberikan kepada Setiausaha UMNO Bahagian Tapah terbabit.

“Dari segi pergaulan kami di UMNO Tapah, dia (Mohamad Yusri) seorang yang baik, ramah mesra, sering bertegur sapa dan hormat kepada veteran serta orang muda.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tapah, Megat Zulkifle Megat Ardi. Foto ABDULLAH YUSOF.

“Kalau boleh (Mohamad Yusri berkhidmat) lebih daripada Allahyarham (Ishsam Shahruddin). (Jika terpilih) sebagai wakil rakyat DUN Ayer Kuning (beliau dapat) membantu rakyat tanpa kira kaum, memandangkan prospeknya pun bagus.

“Tapi saya tidak boleh bagi jawapan yang tepat sebab dia belum lagi memegang jawatan, kita tengok bila dah dilantik baru boleh nilai, kita tak boleh menilai orang yang baru, itu pendapat saya,” jelasnya yang telah mengenali Mohamad Yusri sekitar 15 tahun.

Beliau ditemui ketika menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Veteran UMNO Bahagian Tapah, Kampung Padang di sini.

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir menyantuni penduduk setempat pada Majlis Jamuan Aidilfitri Veteran UMNO Bahagian Tapah di Kediaman Tuan Haji Wahid Hamzah, Kampung Padang, Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF.

Dalam pada itu, beliau turut merayu kepada semua pengundi DUN Ayer Kuning supaya terus menyokong BN dan jangan berubah ‘selera’.

“Kita telah nampak jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh orang (pemimpin) terdahulu dalam membantu rakyat dari segi kesusahan, pelajaran dan sebagainya,” ujarnya.

Pengerusi Veteran UMNO Bahagian Tapah, Rosle Mahmood. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 APRIL 2025.

Sementara itu, Pengerusi Veteran UMNO Bahagian Tapah, Rosle Mahmood berpendapat, DUN Ayer Kuning bukan lokasi yang mudah pembangkang tembusi.

“Justeru, saya bersungguh-sungguh menaruh harapan dan meminta kepada pengundi di DUN Ayer Kuning untuk memberikan sokongan kepada calon nombor satu, Ustaz Yusri,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ustaz Yusri ada ‘aura’ wakil rakyat – Pengundi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI