Warga emas maut, jatuh dari pangsapuri

IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Menglembu di sini, dengan kesan luka pada tangan kanan, pada Ahad. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 3.59 petang. 

Katanya hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kesan jenayah dikesan berlaku pada mangsa yang berusia 65 tahun itu. 

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati tiada  kenderaan ditinggalkan oleh mangsa di tempat kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. – MGPerak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI