Warga emas maut, motosikal langgar belakang tayar lori

KAMPAR – Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar bahagian belakang tayar lori selepas keluar dari Masjid Jamek Jeram di Kilometer (KM) 26.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur di sini petang Jumaat.

Dalam kejadian sekitar 1.58 petang itu, mangsa, Mazlan Ahmad, 68, dari Kampung Jeram maut di lokasi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 3 petang.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 25tahun itu dalam perjalanan dari Simpang Pulai menghala ke Bidor.

Warga emas maut , motosikal langgar belakang tayar lori
Motosikal yang rosak teruk akibat kemalangan di Kilometer (KM) 26.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur di sini petang Jumaat.Foto ihsan POLIS

“Apabila sampai di lokasi, pemandu lori melihat mangsa menunggang motosikal keluar dari Masjid Jamek Jeram secara mengejut dan terus melanggar bahagian tayar lori.

“Akibat pelanggaran tersebut penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,“ katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga lelaki bersenjata rompak, larikan barang kemas RM390,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI