Yayasan Perak lulus 17 rumah baharu, 120 kediaman dibaiki

TAPAH – Yayasan Perak telah meluluskan sebanyak 17 permohonan projek bina baharu dan 120 kerja baik pulih kediaman golongan memerlukan di seluruh negeri sepanjang tahun lalu.

Eksekutif Pembangunan Sosial Yayasan Perak, Muhammad Azri Mohammad Fuzi berkata, ia merupakan inisiatif di bawah Program Sayangi Rumahku yang melalui peruntukan sebanyak RM2.7 juta.

Yayasan Perak Program Sayangi Rumahku bina baharu rumah kediaman baik pulih
Eksekutif Pembangunan Sosial Yayasan Perak, Muhammad Azri Mohammad Fuzi. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 JANUARI 2025.

“Berhubung 17 projek bina baharu rumah, ada antaranya masih dalam pembinaan dan ada juga yang telah siap dibina di seluruh daerah di Perak.

“Sementara bagi kategori baik pulih, antara kerosakan utama yang diselesaikan melibatkan kerosakan pada bumbung yang reput dan berlubang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahan kunci Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak di di Kampung Baru Bukit Pagar, dekat sini, pada Khamis.

Yayasan Perak Program Sayangi Rumahku bina baharu rumah kediaman baik pulih
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng meninjau rumah Tham Seng Chong, 63, penerima Program Sayangi Rumahku daripada kerajaan negeri melalui Yayasan Perak di Kampung Baru Bukit Pagar, Tapah.
Sambutan Tahun Baharu Cina bagi Seng Chong tahun ini menjadi lebih bermakna apabila diraikan di kediaman baru selepas rumahnya musnah dalam kebakaran, Jun lalu. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 JANUARI 2025.

Ia disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng.

Pada majlis Tham Seng Chong, 63, menerima rumah baharu selepas kediaman asal musnah dalam kebakaran pada Jun tahun lalu.

Dalam pada itu Muhammad Azri berkata, Yayasan Perak sentiasa bersedia menjadi agensi di hadapan dalam memberikan sokongan dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Yayasan Perak Program Sayangi Rumahku bina baharu rumah kediaman baik pulih
Program Sayangi Rumahku daripada kerajaan negeri Perak melalui Yayasan Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 JANUARI 2025.

Sayangi Rumahku Yayasan Perak adalah program diwujudkan bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman selesa.

Ia berkonsepkan bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada baik pulih atau bina baru rumah khusus kepada golongan sasar.

Antara syarat permohonan adalah penerima harus berdaftar dengan program E-Kasih selain perlu berusia 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Perak. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mangsa kebakaran terima rumah baharu sifatkan raya Cina amat bermakna

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI